Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Friday, 17 June 2016

Punca Sebenar Burung Unta Berlari Di Federal Highway


Sebelum ini, burung unta berkenaan dilapor berjaya diselamatkan sekumpulan pengguna jalan raya setelah haiwan itu terperangkap dalam sebuah longkang kira-kira jam 4.30 petang.
Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, dia terlihat burung unta itu melompat keluar dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya.
“Burung unta itu berlari di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya.
“Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan.
“Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam laporan disiarkan Harian Metro.
Burung unta itu kemudian dikatakan dibawa pulang ke sebuah ladang burung unta milik tuannya yang terletak di Semenyih, Kajang.
Dalam pada itu menerusi info terbaharu, burung unta tersebut telah selamat menemui tuannya yang dikenali sebagai Darren Chow.

Burung unta yang diberi nama Chikaboo itu dilaporkan terlepas selepas melompat keluar dari tingkap kenderaan yang dibuka pemiliknya.
Difahamkan Chikaboo suka jika tingkap dibuka ketika naik kereta bersama tuannya namun pada hari kejadian, burung unta itu tiba-tiba melompat keluar, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
credit mynewshub
Tuesday, 14 June 2016

Biadap! Lelaki Israel Kritik Undang-Undang Malaysia


Menerusi pautan gambar di halaman Facebooknya, Rudy Rochman memegang pasport Israel dengan berlatar belakangkan bangunan Menara Kembar Petronas sambil mengeluarkan kenyataan seolah-olah Malaysia mengamalkan diskriminasi.
Dia yang juga bekas tentera Israel mengakui singgah sebentar di Kuala Lumpur menggunakan pasport Perancis disebabkan mempunyai dua kerakyatan.
“Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.
“Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
“Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.
“Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini,” katanya.
Rata-rata netizen menempelak perbuatan bekas tentera Israel itu yang seakan mahu jadikan undang-undang Malaysia satu isu antarabangsa.
“Cuba untuk meraih simpati atas nama diskriminasi, tetapi lupa hakikat mereka menjajah bumi Palestin dan membunuh ribuan umat Islam di sana saban tahun. Malaysia negara yang berdaulat. Negara ini boleh tetapkan apa saja undang-undang, termasuk isu hubungan dengan Israel,” komen Mohd Hazizi.
“Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestin, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah,” kata Amir Zain.
Bagaimanapun, ada segelintir yang menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.
“Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan,” tulis Azuan. – MYNEWSHUB.CC
Tuesday, 3 May 2016

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China


Terbaharu, seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.


Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.
Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.
Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

MYNEWSHUB.CC
Saturday, 2 August 2014

Pemandu Myvi hina penunggang motosikal


Orang yang pakai Myvi pun boleh ada perasaan megah dan memandang rendah terhadap insan lain yang hanya menaiki motosikal.
Perkara ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Manaf Zul, baru-baru ini:
“Kereta yang hampir melangar aku tadi. Semasa berada di lorong membelok ke kanan, tiba2 kereta ini bergerak terus dan tidak membelok kejalan yang sepatutnya mngikut arah jalan yang betul. Semasa kereta ini bergerak, hampir melangar kaki aku tapi sempat mengelak dengan mengangkat kaki dan tampan tangan aku dengan tepuk pada cermin tepi sebelah belakang kereta depa ini untuk beritahu mereka yang aku kat sebelah tapi dengan selamber saja dia gerak terus tanpa hiraukan aku yang hampir jatuh.
Lepas tu depa berhenti kat depan aku pun pi.. Aku tanya, “Kenapa jalan terus sepatutnya jalan tu membelok kekanan?”

Dengan selamber juga dia jawab, ” Kau tak ada otak ka tepuk kereta aku. Ikut aku la nak jalan terus bleh jalan ja jalan tu.”
Aku pun cakap anak panah tunjuk belok kekanan bukan jalan terus. Klu langar aku mcm mna..
Minah keberet ni jawab balik: “Klu langar kau pun, aku bleh bayar la kau bodo. Yang kau tepuk kereta aku kenapa , dah la kau tu pakai motor ja. Dah la mcm kiki..”
Aku cakap balik, “Kiki lagi baik pada angpa. Klu tak puas hati buat repot polis..”
Minah ni pun cakap: “Aku jalan betul la kau nak main ngan polis plak ek tguu sini aku col polis.”
Tgu punya tgu tak tepon pun polis. Aduih minah klu dah salah tu salah la. Minah ni pun cakap lagi, tggu aku ambik gambar masuk fb dengan you tube.. Aku pun buat jari pease masa dia ambik gambaq aku hahah..
Ni meroyan mcm naik insing mcm dia betul haha..zaman sekarang klu bertudung tu belum tentu beradab… Dah la bawa kereta sambil main telefon. Mujur aku tahan tangan aku kat kereta depa ni tadi td tdak dia bt tak tau jlan ja..ayat minah keberet ni yang paling menarik!!! (KLU LANGAR KAU PUN AKU BLEH BAYAR LA DAH LA KAU NAIK MOTOR JA) Aduyaii….tapi naik kereta Myvi ja kihkihkihkih.”
Apa yang cuba kami sampaikan menerusi kisah ini bukanlah mengenai siapa yang bersalah atau kereta jenis apa yang dinaiki oleh gadis-gadis itu, sebaliknya lebih kepada adab sesama manusia.

Status FB yang hangat daripada gadis cantik bertudung


Baru-baru ini sebuah status yang amat mengejutkan telah tersebar di laman sosial yang berbunyi "kawan2 saya semua nak burit saya...betul ke bohong?"

Tambahan pula, pemilik akaun facebook tersebut milik seorang gadis yang ayu bertudung. Jika status tersebut hendak dianggap sebagai palsu, pemilik status telah mempunyai 5000 teman dan 2500 pengikut.

Jikalau status ini memang benarlah dibuat oleh gadis bertudung tersebut maka memang sudah runtuhlah akhlak remaja zaman sekarang ini. Pakai tudung juga bukanlah bermaksud dia itu seorang yang baik.


Apapun akaun tersebut masih lagi aktif dan status tersebut dimuat naik pada 26 Feb 2014
Saturday, 28 June 2014

Komen daripada adik ipar Awie pula berhubung isu pukul isteri


KUALA LUMPUR 27 Jun - Pelakon Amanda Misbun enggan memberi sebarang komen mengenai penyebaran dua keping gambar kakaknya Rozana Misbun yang menunjukkan kecederaan seperti dipukul seseorang.

Menurut Amanda lagi, tiada apa yang boleh dilakukan sekarang selain berdoa yang terbaik untuk rumah tangga kakaknya itu.

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

“Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar," katanya kepada Utusan Online hari ini.


Ditanya keadaan rumah tangga kakaknya dengan penyanyi rock Awie, jelas Amanda, setahunya kedua mereka bahagia. Malah dia juga pernah bertemu dengan kakaknya sebelum ini dan nampak sihat.

“Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi.

“Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok," katanya.

Khabar angin itu turut mengatakan kakaknya itu berlaku kejam ke atas dua anak tirinya selain tidak amanah dalam menguruskan kewangan Awie.

Kata Amanda, semua itu tidak benar memandangkan kedua-dua anak daripada perkahwinan Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira sebelum itu nampak sihat.

“Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja," katanya.


Dua minggu lalu, heboh memperkatakan penyanyi rock terkenal Awie memukul isterinya di sebuah bank di ibu negara. Bagaimanapun Awie segera menafikan perkara tersebut dan meminta pihak menunjukkan bukti kejadian tersebut.

Bagaimanapun semalam penyebaran dua keping gambar isterinya, Rozana yang menunjukkan kecederaan seperti dipukul kembali dikaitkan dengan kejadian sebelum ini.
Friday, 27 June 2014

Lelaki bukti dia tidak pokai dengan menempah 4 pawagam IMAX


Seorang jejaka warga China yang pernah ditinggalkan kekasihnya kerana tidak memiliki wang telah membelanjakan AS$40,000 membuat tempahan empat pawagam IMAX di Beijing, China untuk tayangan perdana filem terbaru “Transformers” pada hari ini sebagai bukti yang dia tidak lagi pokai.
“Ketika kami di tahun empat kolej pada 2007 saya tidak mempunyai wang untuk membeli dua tiket wayang pun,” ujar Hu Xiaoyun dalam laman sosial Twitter versi China, Sina Weibo, menurut laporan Mstar Online.
Dan Xiaoyun berkata, pada hari kekasihanya meninggalkan Beijing, dia telah memberi komen yang Xiaoyun akan berada dalam keadaan yang sama sampai bila-bila.
“Sejak itu saya telah bekerja keras dan hari ini saya telah membelanjakan separuh daripada pendapatan bulanan saya untuk membuat tempahan ke atas empat panggung IMAX sebagai bukti, keputusan yang dibuat oleh bekas kekasih saya tujuh tahun lalu adalah satu kesilapan besar,” katanya lagi.
Sebagai bukti, Xiaoyun turut memuat naikkan salinan resit tempahan kesemua panggung tersebut yang berjumlah 250,000 yuan atau $40,000.
Xiaoyun juga telah meminta bantuan para pengguna internet supaya menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada bekas kekasihnya itu dan menjanjikan tiket percuma kepada mereka.
Mesejnya itu telah dihantar sebanyak 110,000 kali menjelang Jumaat.
Sebelum ini, filem-filem “Transformers” mencapai tahap pecah panggung di China dan tayangan tengah malam filem keempat “Age of Extinction” berjaya mencecah jualan tiket sehingga 40 juta yuan. – MYNEWSHUB.MY

Pernikahan Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin tidak sah


KUANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal. 

Berikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan. 

Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah. 

Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung. 

Mymediahub.my

Ibu Lolanopita akhirnya didakwa atas dua tuduhan


Seremban – Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua kesalahan iaitu sengaja mengabaikan anaknya itu sejak Januari lalu hingga minggu lalu dan membiarkannya tanpa pengawasan.
Lolanopita Sadi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-5-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini.
Bagi pertuduhan pertama, pekerja pembantu penyajian di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di rumah mereka antara Januari lalu hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membiarkan anaknya itu tanpa pengawasan yang berpatutan pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.
Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 33(c) Akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau keduanya sekali.
Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Hanif Hassan.
Sehubungan itu, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes pada 24 Julai depan. - myMetro Online

Luahan ibu anak OKU tentang realiti sebenar bantuan kerajaan


Susulan dari kes adik Muhammad Firdaus Dullah, ramai yang bersimpati dan meluahkan rasa kasihan dan tidak kurang juga yang mencaci maki kerajaan. Realiti sebenar mengenai bantuan kerajaan kepada golongan OKU, adakah anda pernah ambil tahu? Langsung tak pernah.

Dengan segala karenah birokrasi, prosedur bagainya.. adakalanya membuatkan mereka yang mempunyai anak OKU, atau pun orang OKU sendiri malas nak mohon bantuan dari kerajaan. Seriously, ini bukan nak tuduh tanpa bukti. Ada seorang lelaki OKU sejak dari kecil, hanya memiliki kad yang mengesahkan dia OKU namun bantuan langsung tidak pernah diterima. Bantuan apa yang dicanangkan oleh kerajaan itu? 


Me and my Angel...sesak dgn news feed bkenaan bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU. Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. 

Ini hakikat yg sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yg layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan...sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. 

Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe sama seperti Angel. Ada parents yg tak mendapat kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja yg busuk hati. 

Bantuan bagi yg layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yg bcakap mengenai kelas pndidikan khas. Hello hanya utk yg boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..mkn pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. 

Andai kjaan dh umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak2 ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan utk mereka...bukan utk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. 

Hakikatnya kami yg bergelut seharian...syukur Allah masuh memberikan kami hidayah utk menjaga anak2 syurga ini seadaanya....

#persatuanharapananak2isitimewamalaysia

mymediahub.my
Thursday, 26 June 2014

Seorang lagi model kelahiran Amerika terima hidayah peluk Islam


Biarpun dilahirkan sebagai Kristian dan merupakan anak tunggal seorang paderi, seorang model antarabangsa kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat akhirnya terbuka hati memeluk Islam.
Itulah kisah model, Aliza Kim (gambar atas) berdarah Thailand yang baru berusia 20-an dan sudah menerima hidayah Allah untuk menjadi seorang Muslimah sejak tahun lepas.
Aliza kini menetap di Malaysia sejak enam tahun lalu, menurut artikel di blog bicaramedia.blogspot.com.
Sebagai anak tunggal dan dibesarkan dengan ajaran Kristian sempurna oleh bapa bergelar paderi, Aliza berkata, dia perlu mengambil berat perasaan kedua-dua ibu bapanya sebelum mengumumkan menganut Islam.
Berikutan itu, dia mengambil masa setahun untuk membuktikan kasih sayang sebagai anak kepada ibu bapa sebelum mengisytiharkan pengislamannya kepada masyarakat dan keluarga, Januari lalu.
“Sebelum memaklumkan mereka mengenai status Islam, terlebih dulu saya memberitahu bahawa diri sedang mempelajari Islam dan tiada sebarang bantahan daripada mereka.
“Bapa seorang lelaki yang baik dan taat kepada agama, pernah terlintas di fikiran saya bahawa sukar untuk berterus-terang kepadanya.
“Temujanji antara anak dan bapa di Melaka, tahun lalu, memberi peluang kepada saya untuk membuktikan diri masih anak yang mereka sayangi sejak kecil. Kasih sayang itu tidak akan berubah.
“Semestinya pengakuan saya membuatkan mereka bersedih, namun bapa berfikiran terbuka dan mereka menerimanya dengan hati terbuka.
“Pesanan mereka sekiranya Islam memberi ketenangan dan harapan, saya diberi kebebasan untuk meneruskan pilihan itu,” kata Aliza ketika ditemui pada majlis International Hijab Event 2014, di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.
Program itu diadakan sempena Hari Hijab Sedunia 2014 yang turut disambut semalam.
Wanita ini mengakui memiliki alasan kukuh merahsiakan dulu status pengislamannya, termasuk persediaan menjadi Muslimah sejati secara luaran mahupun dalaman dan penerimaan ibu bapanya.
Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal.
“Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya,” katanya.
Menurut Aliza, perjalanannya bergelar seorang wanita Muslm bermula dengan bacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup.
Jika beliau mengumumkan keislamannya lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri.
“Saya ingin menjadi Muslimah sejati, di dalam mahupun di luar,” katanya yang kini giat menghasilkan buku panduan Islam kepada saudara baru dengan cara lebih mudah.
Berkongsi cerita penghijrahannya, Aliza yang kini aktif menghadiri kelas agama setiap hujung minggu ini mengakui perjalanan mencari kebenaran bermula apabila kehidupan peribadinya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar “berani” dalam dunia fotografi.
“Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama.
“Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar.
“Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012.
“Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama dan ajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa.
“Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan,” katanya sambil mengakui teman menyarankan supaya mengkaji Islam.
Sepanjang pembacaannya mengenai Islam terutama kisah nabi, Aliza mengakui lebih mudah memahami kerana dia turut mempelajarinya dalam Bible.
Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.
“Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain.
Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran.
“Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran.
“Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya,” kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.
Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya. – MYNEWSHUB.MY

Respon daripada Mawar Fareeda isu kena tunjuk slip 3 bulan gaji


Berikutan tersebar status kononnya pelanggan yang ingin ke butik Fareeda Exclusive perlu membawa slip gaji, Mynewshub menghubungi sendiri butik ini bagi mendapatkan kesahihannya.

Ternyata sebagaimana dijangka, ini cumalah dakyah palsu yang disebarkan untuk memburukkan butik ini di saat jenama Fareeda sedang menjadi sebutan.
Menurut pembantu butik yang menjawab panggilan, mereka di Fareeda sendiri terkejut apabila mengetahui penyebaran berita palsu ini.
“Manalah ada kedai yang minta pelanggan tunjukkan slip gaji? Begitu juga Butik Fareeda Exclusive. Cuma tak dinafikan kami meminta pelanggan membuat temu janji terlebih dahulu sebelum datang,” jelas pembantu butik tersebut.
Pelanggan diminta membuat temu janji kerana Butik Fareeda Exclusive hanya menerima empat pelanggan dalam masa satu jam bagi memudahkan pelanggan dibantu ketika memilih tudung.
Dari segi harga, tudung di Fareeda Exclusive mahal sedikit daripada butik biasa memandangkan ia menggunakan fabrik berbeza.
Jika harga tudung di butik Fareeda biasa sekitar RM150 ke atas, tudung di Fareeda Exclusive bermula RM200 ke atas memandangkan fabrik digunakan adalah sutera Itali berbanding material Fareeda biasa iaitu sifon.
Butik Fareeda Exclusive yang terletak di Bangi dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Bagaimanapun minggu ini ia ditutup pada Sabtu dan Ahad bagi menghormati Ramadan. 
Mynewshub.my

Kebenaran tunjuk slip gaji untuk masuk butik Fareeda terbongkar


Baru sebentar tadi tersebar gambar di atas yang menceritakan bahawa anda perlu menunjukkan slip gaji 3 bulan untuk memasuki butik Fareeda Exclusive. Siapa yang menyebarkan status tersebut memang tidak dapat disahkan lagi, barangkali mungkin orang yang mempunyai sifat dengki membuat cerita sebegini.

Sekiranya memang betul status di bawah, ini boleh dikatakan berjaya lah perniagaan Fareeda kerana masih mendapat pelanggan yang betul-betul mampu.


Dan terbaru, ini dia komen-komen daripada pelanggan sebenar yang telah berkunjung ke butik tersebut



Wednesday, 25 June 2014

10 keping gambar pembedahan plastik yang pertama di dunia


Willie Vicarage, yang menderita luka pada bahagian wajah yang dialaminya dalam Pertempuran Jutland pada tahun 1916, beliau adalah salah satu daripada orang-orang pertama yang menerima pembinaan semula muka menggunakan pembedahan plastik. 

Antibiotik tidak lagi dicipta, bermakna ia amat sukar untuk cangkukan tisu daripada satu bahagian badan yang lain kerana jangkitan sering terjadi. Tetapi ketika merawat Vicarage, Dr Gillies mencipta "tubed pedicle." Ini menggunakan flap kulit dari dada atau dahi dan "ditarik" ke bahagian tempat pembetukkan semula wajah.











Surat luahan terbuka untuk Wardina isu kritik kerajaan dari peminat


Ramai yang meluahkan pendapat masing-masing di laman sosial dan kebanyakan mereka mempersoalkan sikap ibu remaja terbabit yang sanggup membiarkan anaknya dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

Pelakon dan pengacara, Wardina Saffiyah juga tidak terkecuali dalam memberikan buah fikirannya menerusi akaun Instagramnya.

Sebelum ini, Wardina menerusi akaun facebooknya telah mengecam kerajaan kerana menganggap penderitaan yang ditanggung Muhammad Firdaus Dullah adalah kegagalan pihak kerajaan mengagihkan bantuan kepada OKU secara efesien.

Seorang peminat misteri yang tidak diketahui identitinya telah menulis satu surat terbuka kepada model dan pelakon terkenal, Wardina Safiyyah berhubung kritikannya terhadap kelalaian pihak kerajaan dalam memberikan bantuan kepada seorang golongan OKU bernama Muhammad Firdaus Dullah.



Tuesday, 24 June 2014

Gaji bersih ibu Firdaus akhirnya didedahkan oleh majikan



Kuala Lumpur – Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai saluran untuk membantu.
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.
Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih. – Harian Metro

Akibat suntik sendiri baby oil, muka jadi hodoh


Seorang lelaki di Mexico yang kemaruk untuk kelihatan kacak akhirnya terpaksa menderita dengan wajah yang hodoh sejak 17 tahun lalu kerana kesilapan menyuntik sesuatu ke dalam kulit wajahnya.
Hugo Hernandez Garcia dari Nuevo Laredo, Mexico pada awalnya terlalu ingin kelihatan cantik dan telah melakukan sesuatu tanpa merujuk kepada pakar tetapi hanya bertindak sendiri, menurut papran laman web Oddity Central.
Dia telah menyuntik minyak bayi “baby oil” ke dalam wajahnya kerana memikirkan kos yang rendah untuk cantik.
Keputusannya benar-benar berbeza, wajah Hugo bertukar menjadi hodoh dan membengkak. Dia mula menjalani beberapa prosedur kecantikan sejak tahun 1997 sehinggalah perbuatan yang menghancurkan wajahnya sendiri itu.
Sejak itu, dia telah melakukan pelbagai perkara hanya menggunakan bahan-bahan keperluan rumah untuk menjadikan kulit wajahnya kelihatan licin.
Sehinggalah dia nekad menggunakan ‘baby oil’ dengan harapan ia memberikan keputusan sama seperti penggunaan kolagen.
Biarpun ragu-ragu dengan keputusannya, tetapi Hugo telah terlalu obses untuk menjadi lebih kacak sehingga tidak menyedari apa yang baby oil boleh lalukan ke atas wajahnya.
Tidak beberapa selepas disuntik, kulit wajahnya bertukar merah dan membengkak secara tidak normal. Agak menyedihkan apabila melihat wajah Hugo sebelum dan selepas rawatan itu.
Bukan sahaja muka Hugo jadi hodoh, kesihatannya juga terjejas teruk. Keadaan wajah Hugo sebenarnya tidak menyakitkan tetapi dia terpaksa bergantung kepada 15 jenis ubat berbeza setiap hari.
Dia juga perlu mengambil makanan mengikut diet khusus, minum banyak air dan juga menjauhi alkohol.
“Saya tidak peduli jika orang ramai melihat wajah saya, tetapi saya memang menghadapi masalah kemurungan akibat wajah saya.
“Dalam kepala saya, saya cuba memberitahu diri saya bahawa saya tidak ingin menyembunyikan apa-apa, cuma sejarah kejadian ini menjadikan saya begitu trauma.
“Oleh itu saya perlu menghadiri rawatan untuk membantu saya mengharungi saat menyedihkan ini,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
Monday, 23 June 2014

Status kejam yang berbunyi, buang saja budak OKU ini dalam loji


Ramai antara kita berasa sedih dan pada masa sama marah apabila mendapat tahu terdapat ibu yang tergamak membiarkan anaknya yang merupakan OKU terkurung dalam keadaan tidak cukup makan.
Bagaimanapun dalam ramai-ramai yang tersentuh melihat keadaan anak OKU tersebut rupa-rupanya ada juga manusia yang tidak berhati perut di luar sana.
Sudahlah tidak berhati perut, diberitahu pula pemikiran negatifnya itu kepada orang ramai tanpa rasa bersalah.
Itulah yang boleh dikatakan terhadap status yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook menggunakan nama akaun Amelina Amelie.
Menggunakan bahasa sms ‘budak-budak sekarang’ Amelina membayangkan kanak-kanak OKU sebagai hodoh dan buat semak je jadi kalau dia jadi menteri maka mereka akan dibuangnya ke dalam loji.
Amboi, bahasa pun ke laut ada hati nak jadi menteri? Rasanya ibu bapa Amelina perlu memantau anak mereka ini kerana dia mempunyai masalah sivik yang kronik.

Bak komen seorang pengguna Facebook di atas, menghina manusia lain ni jangan dibuat main-main. Silap-silap Tuhan bayar cash kat dunia lagi!
Mynewshub.my

Azhar Sulaiman dakwa ada cikgu tampar anaknya 10 kali di FB


LAMA tak dengar khabar pelakon Azhar Sulaiman, tup-tup menerusi Murai.com hari ini, heboh pula mengenai status Facebooknya.
Status yang sudah dipadamkan itu menyebut seorang guru telah menampar anaknya, Andika Rees sebanyak 10 kali dan dia mahu berjumpa dengan guru terbabit.

Rasanya, adalah lebih baik jika Azhar bertanyakan perkara sebenar kepada guru tersebut terlebih dahulu sebelum memberi kenyataan kepada umum.
Tapi, mungkin itu adalah naluri seorang bapa yang sentiasa mahu melindungi anaknya.
Apapun, kami harap segala-galanya boleh diselesaikan dengan baik dan profesional.
Mynewshub.my
Sunday, 22 June 2014

Ibu kepada remaja OKU yang dikurung kantoi menipu


Sebelum ini satu portal ada mendedahkan berkenaan kes seorang remaja OKU berumur 15 tahun yang dikurung ibunya dalam bilik yang dipenuhi najis dan sampah.Keadaan menyayat hati remaja tersebut mendapat simpati dari seluruh rakyat Malaysia yang mengetahui berita tersebut.Ibunya kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.


Sebelum ini ibu remaja tersebut ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan mengatakan keadaan hidupnya yang susah dan tiada pihak yang sudi menjaga anaknya yang dikategorikan sebagai OKU tersebut.Namun seorang pengguna laman sosial Facebook telah mendedahkan akaun Facebook milik wanita tersebut dan segalanya terbongkar ketika itu.

Gambar profil Facebook wanita tersebut jelas menunjukkan gaya pemakaian wanita tersebut tidak menggambarkan kedaifan yang dialaminya.Juga dijumpai beberapa keping gambar remaja OKU tersebut pada tahun 2013 yang kelihatan sihat dan terurus tidak seperti dijumpai baru-baru ini.Semoga perkara ini dijadikan iktibar untuk seluruh rakyat Malaysia

Dizaman ini tidak relevan lagi jika kita tidak menjaga tepi kain orang,kerana berkemungkinan perkara ini akan berlaku lagi selepas ini.

Viral media