Monday, 23 June 2014

Status kejam yang berbunyi, buang saja budak OKU ini dalam loji


Ramai antara kita berasa sedih dan pada masa sama marah apabila mendapat tahu terdapat ibu yang tergamak membiarkan anaknya yang merupakan OKU terkurung dalam keadaan tidak cukup makan.
Bagaimanapun dalam ramai-ramai yang tersentuh melihat keadaan anak OKU tersebut rupa-rupanya ada juga manusia yang tidak berhati perut di luar sana.
Sudahlah tidak berhati perut, diberitahu pula pemikiran negatifnya itu kepada orang ramai tanpa rasa bersalah.
Itulah yang boleh dikatakan terhadap status yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook menggunakan nama akaun Amelina Amelie.
Menggunakan bahasa sms ‘budak-budak sekarang’ Amelina membayangkan kanak-kanak OKU sebagai hodoh dan buat semak je jadi kalau dia jadi menteri maka mereka akan dibuangnya ke dalam loji.
Amboi, bahasa pun ke laut ada hati nak jadi menteri? Rasanya ibu bapa Amelina perlu memantau anak mereka ini kerana dia mempunyai masalah sivik yang kronik.

Bak komen seorang pengguna Facebook di atas, menghina manusia lain ni jangan dibuat main-main. Silap-silap Tuhan bayar cash kat dunia lagi!
Mynewshub.my