Sunday 21 August 2016

Surat Terbuka Dari Lin Dan Untuk Lee Chong Wei?


VIRAL di media sosial mendakwa pemain badminton China, Lin Dan telah menulis satu surat terbuka kepada Datuk Lee Chong Wei selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir di Olimpik Rio, Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, terdapat juga dakwaan yang mengatakan surat tersebut ditulis oleh peminat yang mengandaikan dirinya berada di tempat Lin Dan.
Benar atau tidak surat tersebut karya asli Lin Dan, masih belum dapat dipastikan sehingga kini tetapi kami berikan kepada anda terjemahan  surat yang ditulis dalam Bahasa Cina itu. Memang ‘touching’ membacanya..
Kepada abangku Chong Wei,
Kelmarin, bila aku nampak engkau membaling raketmu dan melompat ke udara sambil menjerit kegembiraan, aku betul-betul gembira untukmu.
Kita berdua sudah kenal mengenali satu sama lain selama 16 tahun, sewaktu kita masih muda dan bertenaga. Waktu itu Taufik, Peter dan Gade yang jadi jaguh dan ketika itu kita berdua masih belum menarik perhatian dunia. Aku menang pada pertama kali kita berlawan sewaktu itu kita  berdua pasti takkan sangka, berapa banyak lagi perlawanan yang akan kita main bersama sampai sekarang.
Kadang-kadang kau menang, kadang-kadang aku menang, membuatkan aku boleh berlagak sedikit di sini yang aku menang lagi banyak dari kau sepanjang pertemuan kita. Tapi hari ini aku tak mahu cakap pasal keputusan kerana skil kita berdua sudah tidak boleh diukur dengan keputusan lagi.
Ada orang panggil aku “Super Dan” ketika aku menang, dan ada juga orang yang sedih tengok kau kalah kerana tuah kau sentiasa kurang sedikit berbanding aku, setiap pertandingan besar-besar pasti aku yang menang melawan kau.
Di sini, aku nak berterima kasih kepada kau. Di sebalik menang kalah kita bersama, masih ada hubungan mesra ” LIN- LEE” di antara kita. Kita bagaikan Ronaldo dan Messi, Larry Bird dan Magic Johnson, Nadal dan Federer, kekal selamanya pasangan ini disebut-sebut, kerana kewujudan satu sama lain.
Sebab engkaulah aku jadi lebih baik. Aku telah menjohani hampir semua kejohanan tapi aku masih tak berani nak main-main bila ada kau. Engkaulah yang buat aku seram sejuk setiap kali kita ke final dan kau berdiri di sebalik jaring.
Bila aku tinggalkan kau beberapa mata, kau akan kejar setiap mata sepenuh hati dan aku takkan biarkan kau jadi juara sesenang itu. Kau berlatih. Aku pun berlatih. Kau tak mengalah. Aku pun tak berani nak main-main  dan curi tulang.
Semua itu sudah berlalu, dan kita sekarang sudah pun menjadi tua. Ramai pemain baru sudah muncul dan kadang-kadang aku menghantar mesej dan bersembang dengan kau tentang bakat bakat muda ini. Mereka akan menempuhi kesukaran untuk jadi Juara tak macam kita dulu, sewaktu hanya kita berdua saja yang bersaing-saing untuk jadi Juara.
Jujurnya, sunyi jugak keadaan badminton dunia dulu, asyik kita je ke  final, tapi setiap kali aku jumpa kau di final, waktu itulah aku main dengan sepenuh hati dan potensi aku. Pada kau sajalah aku boleh menggunakan pedang yang aku asah sekian lama.
Jadi sekarang kita di Rio, Olimpik keempat aku. Di separuh akhir susah juga aku nak tewaskan budak dari India tu tapi aku lepas juga. Bila semangat aku dah koyak, aku ingat janji aku dengan kau yang kita akan bertemu di semi final.
Ini kali ke 37 aku bertemu denganmu sejak pertemuan pertama kita. Aku tewas dan tersungkur di hadapanmu tapi aku tidak sekali-kali menyesal! Engkaulah lawan aku yang paling hebat. Aku pun sanggup dan rela kalah padamu tanpa penyesalan. Bila aku peluk kau tempoh hari aku rasa macam 10 tahun kita berkenalan, bagaikan cuma satu mimpi.
Aku akan bawa jersi kau kepada bakal anak aku dan beritahu kepadanya:
DULU, PERNAH HIDUP SEORANG PEMAIN BERNAMA LEE CHONG WEI, LAWAN TERHEBAT AYAH DAN KAWAN TERBAIK YANG AYAH PERNAH KENAL.
Dapat berjumpa denganmu ketika aku bermain di peringkat yang tertinggi adalah satu tuah bagiku.
Selamat  berjaya di Final. 
– Lin Dan
Jika benar surat ini ditulis oleh Lin Dan, maka inilah semangat kesukanan dan persahabatan yang sangat menyentuh hati.
Mereka masih berkawan baik walaupun bersaing seperti musuh di gelanggang perlawanan. Syabas betei!
– MYNEWSHUB.CC
Friday 17 June 2016

Punca Sebenar Burung Unta Berlari Di Federal Highway


Sebelum ini, burung unta berkenaan dilapor berjaya diselamatkan sekumpulan pengguna jalan raya setelah haiwan itu terperangkap dalam sebuah longkang kira-kira jam 4.30 petang.
Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, dia terlihat burung unta itu melompat keluar dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya.
“Burung unta itu berlari di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya.
“Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan.
“Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam laporan disiarkan Harian Metro.
Burung unta itu kemudian dikatakan dibawa pulang ke sebuah ladang burung unta milik tuannya yang terletak di Semenyih, Kajang.
Dalam pada itu menerusi info terbaharu, burung unta tersebut telah selamat menemui tuannya yang dikenali sebagai Darren Chow.

Burung unta yang diberi nama Chikaboo itu dilaporkan terlepas selepas melompat keluar dari tingkap kenderaan yang dibuka pemiliknya.
Difahamkan Chikaboo suka jika tingkap dibuka ketika naik kereta bersama tuannya namun pada hari kejadian, burung unta itu tiba-tiba melompat keluar, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
credit mynewshub
Tuesday 14 June 2016

Biadap! Lelaki Israel Kritik Undang-Undang Malaysia


Menerusi pautan gambar di halaman Facebooknya, Rudy Rochman memegang pasport Israel dengan berlatar belakangkan bangunan Menara Kembar Petronas sambil mengeluarkan kenyataan seolah-olah Malaysia mengamalkan diskriminasi.
Dia yang juga bekas tentera Israel mengakui singgah sebentar di Kuala Lumpur menggunakan pasport Perancis disebabkan mempunyai dua kerakyatan.
“Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.
“Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
“Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.
“Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini,” katanya.
Rata-rata netizen menempelak perbuatan bekas tentera Israel itu yang seakan mahu jadikan undang-undang Malaysia satu isu antarabangsa.
“Cuba untuk meraih simpati atas nama diskriminasi, tetapi lupa hakikat mereka menjajah bumi Palestin dan membunuh ribuan umat Islam di sana saban tahun. Malaysia negara yang berdaulat. Negara ini boleh tetapkan apa saja undang-undang, termasuk isu hubungan dengan Israel,” komen Mohd Hazizi.
“Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestin, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah,” kata Amir Zain.
Bagaimanapun, ada segelintir yang menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.
“Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan,” tulis Azuan. – MYNEWSHUB.CC
Tuesday 3 May 2016

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China


Terbaharu, seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.


Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.
Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.
Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

MYNEWSHUB.CC
Monday 2 May 2016

Lelaki Ini Kongsikan Perangai Pelancong Malaysia Yang…


Ini kerana penting bagi kita untuk menghormati negara lain dan sebagai tanda jati diri rakyat Malaysia itu sendiri yang penuh dengan sopan-santun.
Seperti pepatah di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Namun oleh kerana sikap segelintir rakyat Malaysia sememangnya ‘unik’, seorang pemuda berkongsi pengalamannya dikelentong orang Malaysia sendiri yang berkunjung ke United Kingdom.
Irwan Dahnil yang telah lama bermastautin di negara itu, turut menyifatkan segelintir rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap tidak profesional dan suka ambil kesempatan dengan ‘polisi’ kejujuran yang diamalkan negara tersebut.
Semoga perkongsian Irwan dapat memberi kesedaran dan membuka mata kita semua.

– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Irwan Dahnil
Wednesday 10 September 2014

TAKZIAH, Puteri Sarah Liyana sah mengalami keguguran sebelum ini


Impian setiap pasangan suami isteri sudah tentu ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang dimurahkan rezeki dan lebih awal apabila disahkan mengandung pada awal perkahwinan. Namun ada juga yang diberi ujian seperti tidak hamil bertahun-tahun atau mengalami keguguran. Salam takziah diucapkan kepada Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof kerana disahkan mengalami keguguran pada Ramadhan yang lalu. Semoga tabah dengan dugaan ini.

Bukan rezeki saya. Insya-Allah saya dan suami akan terus berusaha melahirkan zuriat sendiri. Saya nak minta semua yang baca cerita ini terus mendoakan saya dan suami. Saya tak rasa sedih dengan ujian ini dan saya percaya ada golongan isteri di luar sana yang melalui fasa yang sama.
Ibu saya sendiri pernah melalui fasa yang sama. Katanya lagi, keguguran ini satu proses untuk menguatkan rahim kita. Suami saya sendiri cukup menyokong dan percaya akan ada rezeki kami lagi pada masa mendatang untuk mendapatkan anak.
Keguguran ini sebagai petanda saya boleh mengandung. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi mengandung lepas ini, siapa tahu saya boleh dapat anak kembar pula. Lagipun dalam sejarah ibu dan bapa saya, ada kembar yang dilahirkan.

Insya Allah murah rezeki dikurniakan anak kembar terus. Mesti meriah kelak. Sama-samalah kita doakan agar Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akan mendapat berita gembira tidak lama lagi. Amin.
Tuesday 12 August 2014

Komen terbaru Tauke Jambu selar penulis blog isu bertukar awek


Sebelum ini, pelbagai blog hiburan ada menyiarkan cerita terbaharu mengenai pelawak Tauke daripada kumpulan Jambu yang kini sedang galak bermain cinta dengan seorang wanita muda yang seksi dan hot.
Rata-rata mengetahui sejarah perkahwinan Tauke yang pernah beberapa kali mengalami kegagalan rumah tangga dan sikapnya yang sering bertukar teman wanita.
Menyelar penulisan sesetengah penulis blog yang gemar mengaitkannya dengan cerita-cerita negatif, Tauke baru-baru ini menulis luahan perasaannya mengenai perkara ini di laman sosialnya,

Tak baik tuduh Tauke guna ilmu guna-guna, entah-entah memang dia jenis romantik. Itu yang perempuan selalu cair dan terpikat dengannya.
Kalau dah tu jodoh dia, siapalah kita untuk mempersoalkannya. Betul tak? –MYNEWSHUB.MY

Punca sebenar Aril Pilus desak isteri berhenti kerja sebagai pramugari


Penyanyi dan penyampai radio, Aril Pilus akui ada memberi cadangan kepada isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, agar berhenti kerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines di Arab Saudi.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia telah memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada isterinya itu. Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bagi merancang untuk mendapat cahaya mata pada tahun depan.
"Ini bukan pilihan tapi desakan. Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini dan saya memang mahu anak pada tahun depan.
"Sejak berkahwin kami memang sukar untuk berjumpa kerana dia tinggal di Jeddah dan terpaksa ambil cuti panjang jika ingin pulang ke Malaysia.
"Jadi saya bagi tempoh hingga akhir tahun ini pada isteri supaya dia puas melalui kariernya dahulu dan tidak menyesal selepas berhenti kerja nanti," katanya ketika dihubungi Murai.
Menurutnya lagi, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan sama ada sebagai tenaga pengajar atau pramugari sambilan di syarikat penerbangan lain.
Ini kerana jelasnya, dia memahami minat mendalam isterinya dalam bidang tersebut yang diceburi hampir enam tahun lalu.
"Saya faham dia sangat taksub dengan kerjaya dia sekarang, dia boleh bercerita tentang enjin kapal terbang dan memiliki pengetahuan tentang industri penerbangan.
"Saya tidak akan halang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut," ujarnya.
Mengulas tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Malaysian Airline System Berhad (MAS), Aril berkata, dia sedar risiko yang dilalui isterinya ketika bertugas.
"Bukan setakat insiden terhempas malah risikonya lebih tinggi kerana isteri saya bertugas di negara Timur Tengah yang kian bergolak.
"Saya kini lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari kerana tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari," katanya. Credit Murai