Sebelum ini, burung unta berkenaan dilapor berjaya diselamatkan sekumpulan pengguna jalan raya setelah haiwan itu terperangkap dalam sebuah longkang kira-kira jam 4.30 petang.
Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, dia terlihat burung unta itu melompat keluar dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya.
“Burung unta itu berlari di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya.
“Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan.
“Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam laporan disiarkan Harian Metro.
Burung unta itu kemudian dikatakan dibawa pulang ke sebuah ladang burung unta milik tuannya yang terletak di Semenyih, Kajang.
Dalam pada itu menerusi info terbaharu, burung unta tersebut telah selamat menemui tuannya yang dikenali sebagai Darren Chow.
Burung unta yang diberi nama Chikaboo itu dilaporkan terlepas selepas melompat keluar dari tingkap kenderaan yang dibuka pemiliknya.
Difahamkan Chikaboo suka jika tingkap dibuka ketika naik kereta bersama tuannya namun pada hari kejadian, burung unta itu tiba-tiba melompat keluar, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
credit mynewshub