Tuesday, 31 December 2013

[...] Dato’ Terlajak Laris Kecil Hati Kerana ‘Fida Palsu’

dato' terlajak laris kecil hati dengan fida

Betapa hebatnya impak kewujudan akaun laman sosial palsu sehingga boleh mendatangkan salah faham terhadap orang lain.
Inilah yang berlaku terhadap pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencipta sebuah akaun Instagram palsu dengan menggunakan namanya.
Tak pasal-pasal, pengasas produk kosmetik dan kesihatan D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri telah ‘berkecil hati’ apabila dikaitkan oleh ‘Fida palsu’ dengan iklan produk Kak Ton.
fidaa

 Bagaimanapun, artis itu segera menafikan perkara itu dengan memuatnaik gambar dengan ‘caption’ yang berbunyi:
Ni sape pulak ni? Kalau nak popular sangat jangan sampai gunakan nama dan gambar saya. Tak cukup lagi ke nak buat cerita buruk tentang saya? Kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang macam ni ya? tak pasal-pasal Dato’ Terlajak Laris marah saya pulak. Tolong hentikan walau siapa pun anda kat luar sana yang menggunakan status Fida Ibrahim! Cc: @aliffsyukriterlajaklaris.
Pengasas produk tersebut kemudiannya memohon maaf atas kekeliruan itu.
Bagi kami, Dato’ Aliff Syukri dan Fida tidak bersalah dalam hal ini. Sebaliknya, pencipta akaun palsu itulah yang menjadikan kedua-duanya sebagai ‘mangsa’ salah faham.
Diharap selepas ini, artis lain mengambil tindakan menjelaskan kepada peminat mengenai akaun rasmi dan palsu agar perkara ini tidak berlaku di masa akan datang.

Sumber OhBulan