Tindakan penyanyi terkenal, Taylor Swift membina dinding pantai di kawasan rumah barunya di Rhode Island ternyata membangkitkan kemarahan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran.
Projek pembinaan itu didakwa mereka memusnahkan pantai yang sudah menjadi tempat beriadah sejak dulu lagi.
Sebelum ini, Swift dikecam kerana menghalau sekumpulan remaja yang datang untuk membersihkan pantai itu sedangkan sebelum ini mereka bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti di situ.
“Ini perkara terbaru yang dia lakukan untuk mengambil alih pantai kami sejak berpindah ke sini. Hanya kerana dia membeli rumah yang menghadap pantai, ia tidak bermaksud yang dia memilikinya,” ujar seorang penduduk.
Penyanyi berusia 24 tahun itu juga dituduh memulakan projek pembinaan itu tanpa memohon kebenaran secara rasmi.
Setakat ini, Swift belum memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kepada media.
Sumber mynewshub.my