Sunday 22 December 2013

[SUKA PULAK?] Mangsa Rogol Lahir Anak Kembar Tiga!


Remaja Mangsa Rogol Lelaki Tua GEMBIRA Lahir Anak Kembar Tiga!
Bayi kembar 3
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Republik Dominica melahirkan bayi kembar tiga hasil hubungan dengan seorang lelaki berusia 61 tahun.
Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, lelaki terbabit kini melarikan diri selepas diburu kerana dituduh memperkosa remaja bawah umur.
Jika disabitkan bersalah, lelaki itu mungkin berdepan hukuman penjara 20 hingga 30 tahun, selain turut didenda AS$2,000 – $10,000 (RM6,577 – RM32,880).
Namun, ibu muda itu dikatakan gembira dengan kelahiran tiga bayi lelakinya yang dinamakannya Samuel, Joshua dan Jovanny.
Ketiga-tiga bayi terbabit kini dirawat di unit rawatan rapi kerana dilahirkan pramatang.
Republik Dominica ialah antara negara di unia yang mencatat kehamilan tertinggi di kalangan remaja. Hampir 15 peratus remaja berusia 15 hingga 19 tahun sudah bergelar ibu di negara itu.
Malah, setiap tahun beratus-ratus bayi dilahirkan oleh remaja berusia bawah 15 tahun. – Agensi