Saturday 21 December 2013

[BETUL KE] Justin Bieber Akui Masih Cinta Selena Gomez

HUBUNGAN cinta antara penyanyi remaja Justin Bieber, 19, dan Selena Gomez, 21, sememangnya sudah berakhir sejak awal tahun ini.
Namun, adakah ia terus mengakhiri perasaan kasih yang ada dalam diri kedua-duanya?
Jawapannya, mungkin tidak.
Melalui temubual dengan Life & Style Weekly untuk isu Disember, Bieber mengakui bahawa dia masih menyayangi gadis itu.
“Dia seorang wanita yang hebat. Saya masih mencintainya sehingga hari ini,” ujarnya.
Kenyataan itu dikukuhkan lagi dengan laporan yang menyatakan Selena sedang dalam proses membeli rumah di kawasan Calabasas yang juga merupakan kawasan kediaman Bieber.
Justin Bieber Akui Masih Cintakan Selena Gomez
Adakah ini petanda Selena juga masih mempunyai perasaan yang sama seperti bekas kekasihnya itu dan mahu berada lebih dekat dengannya?
Ini kerana kawasan kejiranan tersebut sangat eksklusif dan setiap penduduknya dikatakan mengenali sesiapa sahaja yang tinggal di situ.
Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja sama ada kedua-dua selebriti muda ini akan kembali bersatu atau membiarkan sahaja cinta itu berlalu.

Sumber mynewshub.my