Saturday 21 December 2013

[TAHNIAH] Aril AF7 Sah Bergelar Suami Lepas Solat Jumaat

Aril AF Nafikan Isu Cincin Tunang, Gambar Di Twitter Hanya Gurauan
Tahniah diucapkan kepada penyampai radio ERA fm yang juga bekas bintang Akademi Fantasia7, Khairil Azam Pilus atau Aril AF7 yang selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda Haji Megat Aminuddin selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan, siang tadi.
Hanya dengan sekali lafaz, Aril dan isteri sah menjadi suami isteri sekitar jam 3.10 petang.
Pada majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah, Aril memberikan mas kahwin berjumlah RM15,000 kepada pihak perempuan beserta sembilan dulang hantaran berisi seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin.
Pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang berupa seutas jam tangan, sehelai jaket, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet.
Difahamkan, segala kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.
Selepas ini, majlis  persandingan akan diadakan di kampung Aril yang terletak di Melaka.

Sumber mynewshub.my