Sunday 22 December 2013

[RELAX JE] Ditangkap Kerana Kahwin Berbogel


Ditangkap Kerana Kahwin Berbogel
Tiada kerja ke depa ni?
Pasangan pengantin ditahan selepas mengejutkan orang ramai dengan berkahwin dalam keadaan bogel di sebuah jalan.
Pasangan Gypsy Taub, 44 dan Jaymz Smith, 20, berbuat demikian sebagai kempen membantah undang-undang San Francisco yang melarang berbogel di khalayak ramai.
Mereka ditangkap polis selepas beberapa minit membaca ikrar perkahwinan.
Pasangan itu dibalut dengan selimut dan dimasukkan ke dalam van yang berbeza.
Mereka dibebaskan dengan syarat memakai semula pakaian.
Berdasarkan undang-undang di San Francisco, mereka yang berbogel di tempat awam di jalan raya, kenderaan atau menaiki pengangkutan awam akan ditangkap.
Namun pengecualian dibuat ke atas kanak-kanak dan peserta perarakan, dengan syarat peserta terbabit mendapat permit terlebih dahulu.

Sumber mynewshub.my