Sunday 22 December 2013

[COOL + PRO] Celup Tangan Dalam Minyak Panas Tanpa Lecur

Rasanya kalau terkena sedikit percikan minyak panas pun kita sudah menjerit-jerit kesakitan.
Tetapi, di Delhi, India, seorang chef dengan selamba memasukkan tangannya ke dalam kuali yang berisi minyak yang sedang menggelegak untuk menggoreng ikan dan mengangkatnya.
Celup Tangan Dalam Minyak Panas Tanpa Lecur
Celup Tangan Dalam Minyak Panas Tanpa Lecur
Prem Singh, 65, yang juga merupakan pemilik Restoran Ganesh berkata, dia sudah melakukan perkara itu sejak 25 tahun lalu.
Peliknya, biar pun kepanasan minyak itu mencecah 200 darjah Celcius, dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau kelecuran.
“Ia hanya kerana pengalaman. Saya melakukannya sekali, kemudian melakukannya lagi. Saya kemudiannya menyedari minyak panas tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada saya,” ujarnya.

Sumber mynewshub.my