Monday, 23 December 2013

[STYLE + zzZ] Baju Sejuk ‘Hodoh’ Jadi Trend Fesyen Krismas


Baju Sejuk 'Hodoh' Jadi Trend Fesyen Krismas
Add caption
Baju sejuk ‘hodoh’ untuk sambutan Krismas? Kedengarannya pelik, tetapi itulah trend terkini untuk tahun ini khususnya di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pasaraya di seluruh Utara Amerika turut berlumba-lumba memenuhkan stok baju sejuk ‘hodoh’ untuk musim cuti kali ini.
‘Hodoh’ yang dimaksudkan merujuk kepada karakter lucu, warna-warna terang dan rekaan pelik yang terdapat pada pakaian itu.
Baju Sejuk 'Hodoh' Jadi Trend Fesyen Krismas
Pendek kata, mereka berlumba-lumba untuk mengenakan baju sejuk yang paling pelik.
Menurut seorang pemilik kedai vintaj, Drew Heifetz, dia sudah menjual lebih 30,000 helai baju sejuk untuk tahun ini.
“Kami mahu memberikan sesuatu yang baru untuk pelanggan dan ia sememangnya mengagumkan. Ia sesuatu yang menggembirakan apabila memakai baju sejuk yang cukup ‘gila’,” ujarnya.

Sumber mynewshub.my