Tom Cruise |
Aktor Hollywood, Tom Cruise menyelesaikan saman fitnah berjumlah AS$50 juta (RM161.8 juta) terhadap sebuah syarikat media Jerman kelmarin.
Cruise menyaman media tersebut kerana menyiarkan artikel bahawa dia meninggalkan anak perempuannya, Suri selepas bercerai dengan isteri, Katie Holmes.
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Los Angeles, peguam Cruise dan Syarikat Penerbitan Bauer sama-sama bersetuju membatalkan saman tersebut dengan masing-masing membayar kos guaman mereka sendiri.
Syarikat media itu menerbitkan beberapa majalah popular termasuk Style dan InTouch Weekly.
Sumber Reuters