Sunday 22 December 2013

[NOKIA TERBAIK] Nokia Pelawa Ganti Samsung S4 Yang Terbakar

Awal bulan ini, seorang pengguna Samsung Galaxy S4 memuatnaik di YouTube bagaimana telefon pintar tersebut yang dicaj semalaman terbakar keesokan harinya.
Video itu dibuat selepas Samsung dikatakan meminta pengguna tersebut, Richard Wygand mengemukakan bukti dalam bentuk video.


Bagaimanapun apabila bukti video tersebut turut tersebar di media sosial, Samsung dikatakan meminta pula supaya video tentang kejadian itu diturunkan daripada laman YouTube dan butiran penyelesaian disembunyikan daripada umum.
Apa yang berlaku, Richard menyiarkan permintaan Samsung itu kepada umum sekali lagi menerusi YouTube, menyebabkan telefon pintar yang dijanjikan Samsung akan diganti kepadanya tidak sampai-sampai.


Mengambil kesempatan daripada perkara ini, Nokia mengirim Twitter kepada Richard bahawa mereka bersedia memberikan telefon pintar Nokia Lumia sebagai ganti.

twitter-nokia

Tidak dapat dipastikan model Lumia mana yang akan diterima Richard tapi kemungkinan besar, Nokia Lumia 1020 atau Lumia 1520.
Richard mengesahkan perkara ini dan sedang menanti kiriman telefon pintar barunya. Dia berjanji akan memberitahu perkembangan terbaru menerusi Twitter sebaik sahaja menerimanya.
Dalam pada itu, kejadian yang menimpa Richard dikatakan bukan kes pertama membabitkan kebakaran Samsung Galaxy S4.
Jun lalu sebuah flat di Hong Kong didakwa terbakar selepas pengguna yang dikenali sebagai Du, bermain permainan Love Machine di telefon pintar tersebut sebelum dia terdengar bunyi ‘pop’ pada bateri.
Du kemudiannya melempar telefon di sofa sebelum tercetus kebakaran yang memusnahkan kediamannya. 

article-2381285-1B107211000005DC-321_634x411
article-2359281-1ABE4FE0000005DC-673_634x590
Sumber DailyMail