Sunday 22 December 2013

[COOL] ‘Normandy’ Telefon Android Pertama Nokia

'Normandy' Telefon Android Pertama Nokia
style

Satu waktu dulu, jenama Nokia cukup sinonim dengan pengguna telefon bimbit di negara ini.
Tapi sejajar dengan kemunculan telefon android, populariti Nokia pun semakin merudum.
Bagaimanapun kini, sumber yang boleh dipercayai melaporkan Nokia akan muncul dengan telefon android pertama mereka, dikenali buat masa ini sebagai ‘Normandy’.
Gambar telefon bimbit ini buat pertama kalinya pernah dikeluarkan di Twitter @evleaks pada bulan lepas.
Fullscreen capture 12112013 41056 PM
Normandy yang mempunyai stail peranti Lumia dikatakan mampu digunakan bersama aplikasi popular Android seperti Skype dan lain-lain.
Namun ia dikatakan bukan dijual dengan hasrat menyaingi telefon Android seperti Galaxy S4 atau HTC One tetapi lebih mensasarkan pengguna dengan kemampuan bajet lebih rendah.
Bagaimanapun memandangkan Microsoft kini dalam proses mengambil alih syarikat dari Finland ini, belum dapat dipastikan sama ada telefon android Nokia ini akan dipasarkan sebelum atau selepas pengambil alihan tersebut. 

Sumber www.theverge.com