Sunday 22 December 2013

[SERIUS?] Justin Bieber Mahu Berhenti Menyanyi?


Justin-Bieber

Justin Bieber bersara?!
Penyanyi berkenaan membuat kenyataan mengejutkan itu dalam satu temubual dengan stesen radion ` Big Boy for Los Angeles’.
“Album baru….uh…saya sebenarnya akan bersara. Saya bersara.”
“Saya gembira kerana mengumumkannya. Saya cuma mahu sedikit masa. Saya rasa saya mungkin akan bersara,” katanya ketika ditanya mengenai album baru.
Bagaimanapun perkara sebenar terbongkar apabila dia dikatakan hanya membuat lawak mengenai idea persaraan tersebut.
Meskipun agak sukar untuk menerima hakikat dia mahu meninggalkan bidang muzik, namun Bieber dikatakan mahu melakukan perubahan dalam kariernya.
Bieber ditemubual oleh stesen radio itu bagi membincangkan mengenai hasil kerja terbarunya “Journals” yang memuatkan 10 lagu-lagunya.
“Journals” berharga $13.99 dan boleh didapati melalui iTunes mulai 16 Disember lalu.

Sumber mynewshub.my