Saturday 21 December 2013

[ALHAMDULILLAH] Mungkinkah Pelancaran Kondom Playboy Tugasan Terakhir Model Felixia Yap?

Fliexia Yeap, model Playboy yang mengejutkan ramai apabila tampil berhijab menyatakan pendiriannya tidak mahu menurunkan gambar-gambar lamanya yang seksi buat masa ini. 
Bagi Felixia, sukar untuk dirinya memadam begitu sahaja gambar-gambar tersebut sedangkan ia adalah bukti pencapaian hasil kerja kerasnya dalam bidang peragaan selama 8 tahun.
Apatah lagi, gambar-gambar itulah katanya yang menjadi ingatan mengapa dia memilih untuk membalut dirinya dengan pakaian sopan pada hari ini.
Meskipun mengakui sedang mendalami ajaran Islam yang nyata memberikan ketenangan buat dirinya, Felixia meminta supaya dia tidak didesak.
Pada masa sama, dia melahirkan perasaan kesal apabila ada pihak yang mengeluarkan kata-kata sinis pada dirinya apabila dia membuka tudung ketika bekerja sebagai model sedangkan sesetengah tawaran sudah diterima ketika dia masih belum berhijab, selain terikat dengan tanggung jawab sebagai Playboy Bunny Malaysia.

felixia

Bagaimanapun, Felixia berkongsi satu berita bahawa tugasnya sebagai Playboy Bunny Malaysia mungkin sudah berakhir setelah dia menjadi model untuk pelancaran @Playboy Condom Malaysia, semalam.
Secara tidak langsung, mungkin ini menandakan Felixia tidak perlu lagi mengenakan ‘bunny suit’ yang sangat seksi itu!
Felixia merupakan model wanita Malaysia ketiga terpilih menjadi model bagi majalah lelaki antarabangsa, Playboy selepas Jacinta Lee pada 1986 dan Amber Chia (2006).
Felixia juga pernah menghiasi muka depan majalah FHM.


Rata-rata yang menyokong Felixia mendoakan agar dia terus tabah dan kuat meneruskan perubahan sedang dilakukan.
Pada masa sama, Felicia turut berterima kasih kepada butik-butik muslimah yang menawarkan kerja padanya.
Ini sekaligus dapat menampung pendapatan yang mungkin hilang selepas dia menolak banyak tawaran peragaan yang tidak lagi sesuai dengan dirinya.

Fullscreen capture 12202013 33833 PM

Apa pun, marilah kita mendoakan yang baik-baik untuk kehidupan Felicia.
Kepada yang cuma tahu mengata bila melihat penampilan orang lain, janganlah memandang seseorang dengan pandangan penghinaan kerana kita takkan tahu bagaimana penyudah kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Sumber mynewshub.my