Saturday 21 December 2013

[GEMPAK] Masyuuukkkkkk…Air Asia Kini Pelanggan Terbesar Airbus Dengan Tempahan 536 Pesawat!

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X membuat tempahan bagi 25 pesawat Airbus A330-300 bernilai AS$6 bilion (RM19.6 bilion), iaitu tempahan terbesar dalam satu perjanjian tunggal oleh syarikat penerbangan bagi jenis pesawat tersebut.
Tempahan terbaru itu meningkatkan jumlah pesawat yang akan diterima AirAsia X kepada 57 unit menjelang 2019 dan mengukuhkan kedudukan kumpulan AirAsia sebagai antara pelanggan terbesar Airbus dengan 536 tempahan pesawat setakat ini daripada pengeluar kapal terbang itu.
Pengasas dan Pengarah AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tempahan itu menunjukkan hasrat AirAsia X untuk menguasai pasaran penerbangan kos rendah jarak jauh.
“Kami lihat potensi pasaran besar berdasarkan kadar penembusan masih rendah di bawah 10 peratus oleh syarikat penerbangan tambang rendah bagi perjalanan melebihi empat jam di Asia Pasifik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Farbrice Bregier berkata, AirAsia X membuktikan perniagaan penerbangan tambang rendah berjarak jauh mampu dibina dengan jayanya.
1497888_10152126585062387_275237165_o
“Pesawat A330 ini sangat sesuai untuk operasi seperti itu dengan kos operasi yang rendah, kemampuan terbang jarak jauh dan rekod baik dari segi teknikal,” katanya.
Perjanjian tempahan pesawat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dan Bregier sambil disaksikan oleh Fernandes dan Ketua Pegawai Operasi bagi Pelanggan Airbus, John Leahy di Paris, kelmarin.
AirAsia X pada masa ini menggunakan 15 pesawat daripada model sama untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan 18 destinasi di Asia, Australia dan Arab Saudi.
Masyuuukkkkkk…Air Asia Kini Pelanggan Terbesar Airbus Dengan Tempahan 536 Pesawat!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/1500835_10152115338767387_929974118_o-889x1024.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/1500835_10152115338767387_929974118_o-150x150.jpgMyNewsHubUtama,