Friday, 20 June 2014

Penjelasan David Teo Isu gambar Nora & Farid khas untuk Diana


SUSULAN tindakan Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di akaun Instagramnya berkenaan gambar Nora Danish berpegangan tangan dengan suaminya, Farid Kamil sempena promosi filem Pengantin Malam, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), David Teo, telah tampil memberikan penjelasan.
Menurutnya, foto tersebut adalah atas permintaan media cetak yang mahu Farid dan Nora nampak mesra mengikut watak dalam filem, memetik laporan Murai.com.
“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.
“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya, tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.
“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting kepada tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.
“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.
“Malah, mereka berdua terus berpecah selepas itu dan tidak lagi bertemu kerana masing-masing sibuk dengan sesi temuramah bersama media,” jelasnya.
Rasanya, Diana sendiri pun sudah ‘tersedar’ kerana gambar luahan tersebut sudah pun dipadamkan daripada akaunnya tidak lama selepas dimuatnaik.
Mynewshub.my