Bagi yang mengikuti laman Instagram pelakon sensasi, Nabila Huda, pastinya sudah sedia maklum mengenai isu seorang pengikut akaun pelakon drama ‘Julia’ tersebut yang meninggalkan komen yang agak kontroversi.
Menerusi komen pengikut yang menggelarkan dirinya ‘Darianchrist’, dia menulis, “Hi sweetie. U look so sexy. I hv a quest. Can u convert 2 my religion? I don’t think Islam is good 4 u. Islam is like mess u. Just follow my Jesus. Bring along ur daughter. Everything is legal. Come on girl! “. Komen yang menyentuh sensitiviti agama itu mendatangkan kemarahan peminat Nabila sendiri lebih-lebih lagi ia melibatkan anak perempuan Abil, Keisha Laila, 4 tahun.
Oleh kerana sukar untuk menghubungi Abil untuk hal ini, Wartawan telah menghubungi bekas suami Abil, Eddie Ghiller bagi mendapatkan reaksinya berhubung isu yang timbul.
“Kalau boleh apa saja berkaitan Abil, saya tak nak komen. Tapi, bila perkara ini melibatkan anak saya, saya memang tak akan berdiam diri. Kalau saya jumpa orang itu mungkin itu hari terakhir dia makan nasi dengan suap sendiri.
Kenapa dia nak kacau anak saya yang tidak bersalah? Anak saya masih kecil lagi. Dia boleh usik orang lain tetapi bukan anak saya, Keisha Laila. Jangan libatkan anak saya, kalau tak saya takkan lepaskan orang yang buat hal dengan anak saya,” tegas ahli kumpulan Tiga Swagger ini ketika dihubungi ..
Menurut Eddie lagi, dia tidak tahu motif sebenar individu tersebut berbuat sedemikian, namun memberitahu tidak mustahil ia mungkin ada kaitan dengan isu murtad yang semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
“Kebelakangan ini banyak berlakunya kes murtad, jadi tak mustahil individu tersebut menggunakan platform media sosial sebagai cara untuk dia melakukan perkara tersebut. Isu ini agak sensitif, jadi kalau boleh saya tak nak komen lebih-lebih,” ujar Eddie sambil mengakui tidak berhasrat untuk berbincang dengan bekas isterinya itu mengenai isu tersebut.
“Saya tak akan berborak atau sentuh perkara ini dengan Abil. Kalau benda itu (tukar agama) terjadi, saya tak tahulah nak cakap apa. Tapi kita tak sebodoh itu nak tinggalkan agama Islam selagi kita percayakan Tuhan. Kalau boleh saya tak nak kaitkan agama lain kerana hormat semua bangsa dan agama. Kami masih orang Islam dan masih boleh mengucap dan Keisha sendiri juga boleh baca Bismillah,” kata Eddie mengakhiri perbualan.