Muhammad Hadin Azman ialah pemain bolasepak JDT yang didakwa mencuri wang rakan sepasukan Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500 di bilik persalinan pemain ketika perlawanan berlangsung di Padang Bola Seri Gelam pada 8.30 malam, 1 April lalu.
Bagaimanapun, Hadin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan. Pemain berusia 20 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah akan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.