Friday, 9 May 2014

GEMPAR!!! Penulis blog kena penjara 10 tahun, 1000 sebatan

gambar hiasan

RIYADH – ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.

Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun tertuduh dibicarakan semula.

Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).

Difahamkan, rangkaian kontroversi diasakan bersama aktivis, Suad  al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan.