Tuesday, 6 May 2014

"SAYA AKAN TETAP PAKAI TOPENG" - Encik Mimpi


SEBUT saja nama Encik Mimpi, pasti ramai yang terbayang penyanyi lelaki dengan imej bertopeng itu.
Sehingga ke hari ini, peminat masih tertanya-tanya bagaimanakah rupa wajah di sebalik topeng putih yang sentiasa dipakainya ketika membuat persembahan.
Menerusi Harian Metro, Encik Mimpi memberitahu hanya orang yang terdekat dengannya sahaja yang pernah melihat wajahnya.
“Teman di tempat kerja juga tidak pernah tahu saya adalah Encik Mimpi kerana penampilan saya di pejabat sangat berbeza.
“Selepas persembahan kalau diajak minum saya tetap tidak membuka topeng ini. Kalau membukanya pun, saya menukar persalinan baru supaya orang tidak dapat mengecam saya adalah Encik Mimpi yang membuat persembahan tadi.
“Macam pelik, namun saya lebih senang orang tidak mengenali identiti saya. Cukuplah sekadar lagu saya menjadi perantaraan untuk mereka mengenali insan bernama Encik Mimpi,” ujarnya.
Fuh, memang berahsia sungguh pelantun lagu ‘Rindukanlah’ ini!
Tak tahulah sampai bila Encik Mimpi akan terus merahsiakan identiti dirinya, namun ternyata strateginya itu berjaya menaikkan popularitinya di kalangan peminat.