Monday, 13 January 2014

[zzZ] Lelaki Diburu Polis NAFI Terlibat Kes Curi Kentang, Pulak Dah!


Lelaki Nafi Terlibat Rompak Kentang
Salah seorang suspek kes curi kentang bernilai RM100,000 mendakwa dirinya teraniaya dan tidak ada kena mengena dengan kejadian tersebut!
Lelaki tersebut, Amir Yaa Siin Muhd Hussin, merupakan salah seorang daripada lelaki yang dilaporkan kini diburu polis bagi menyelesaikan kes terbabit.
Maklumat dan gambar tentangnya disebarkan sendiri oleh PDRM menerusi sidang media dan Facebook Polis Selangor.

1511775_10203200322754617_410214934_n
1525518_10203200322794618_1594295641_n
1524787_10203200323114626_2014010050_n

Amir mendakwa pada hari kejadian rompakan dia berada di Kerteh, Terengganu kerana bekerja dan tidak berada di Klang mahu pun Kota Damansara.

Fullscreen capture 1122014 35818 PM
Fullscreen capture 1122014 40638 PM
1502501_10203200323274630_470232480_n
Apabila gambarnya tersebar, Amir memberitahu ia telah mencemar nama baik diri dan keluarga apabila orang mulai bertanya kesahihahnya.
Justeru, dia telah pergi ke Balai Polis Klang pada hari ini bagi menyerah diri dan membetulkan keadaan.
Bagaimanapun, semua ini dianggap Amir satu kesilapan sistem dan prosedur serta berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.
Perkara ini dijelaskan Amir menerusi akaun Facebook peribadinya, kira-kira jam 10 pagi tadi. 
Sumber: Facebook Amir Si Tonjang