Tuesday, 21 January 2014

Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia


 Pyramiden ialah sebuah bandar di Lautan Artik, yang terletak di Kepulauan Svalbard, Norway. Bandar ini  digelar 'ghost town at the end of earth' atau bandar mati di hujung dunia. 

Pyramiden, nama tersebut berasal dari sebuah gunung  yang bentuknya seperti piramid. Tapi bukan itu yang menjadi daya tarikannya. Pyramiden disebut-sebut sebagai bandar di hujung Planet Bumi.

Dipetik dari News Australia, lokasi Pyramiden sangat hampir dengan Kutub Utara, jaraknya hanya 130 km sahaja. Bandar ini mula didiami oleh penduduk Sweden pada tahun 1910 . Kemudian negara tersebut menjualnya ke Kesatuan Soviet pada tahun 1927.

Pyramiden bukan hanya sebuah bandar saja. Di sini  boleh ditemui lombong batu arang  milik Soviet. Tetapi, lombong batu arang  diberhentikan dan ditinggalkan penduduknya pada tahun 1998.

Sejak itulah, Pyramiden bagaikan sebuah kota mati. Perumahan dan bangunan-bangunan di sana tidak ada lagi yang tinggal. Beberapa banggunannya telah runtuh.

Meskipun begitu, masih ada beberapa orang yang tinggal di Pyramiden. Bahkan, di sana juga terdapat seorang pemandu pelancong.  Kini bandar lombong batu arang tersebut menjadi destinasi pelancongan!

Pelancong boleh datang dan melawat Pyramiden. Di sebalik bangunan-bangunan dan perumahan di sana, terpampang pemandangan cantik dan  indah. Bandar ini dikelilingi oleh gunung salji dan sering diselubungi awan tebal.

Namun, ada satu larangan  bagi para pelancong. Mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan atau bangunan lain tanpa izin pemandu. Jadi, bagi anda yang melancong ke sana dilarang masuk ke bangunan atau rumah-rumah sesuka hati. Pekara ini demi alasan keselamatan.

Tahun 2013 , jumlah kunjungan pelancong ke Pyramiden mengalami peningkatan drastik. Bahkan, sebuah hotel di sana bakal kembali dibuka untuk pelancong tanpa mengubah banggunan asalnya. Jika ingin ke Pyramiden anda boleh melalui Longyearbyen, ibu negara Svalbard.