Friday, 17 January 2014

Lelaki India Ini Mampu Terima Renjatan Elektrik



Mendapat gelaran Electricity Mohan atau Manusia Elektrik, nama Raj Mohan Nair sudah dikenali di seluruh dunia kerana mempunyai kekuatan  yang luar biasa.

 Jika sejumlah kecil voltan elektrik sudah boleh membawa maut bagi kebanyakan manusia, lelaki ini dapat bertahan tanpa kecederaan.

 Raj mampu menahan sehingga 10 ampere arus elektrik tanpa menimbulkan kecederaan. Daniel Browning Smith menguji rintangan tubuh Raj untuk elektrik menggunakan multimeter, dan mendapati bahawa tubuhnya 10 kali lebih tahan berbanding manusia biasa.