Penjawat awam yang berurusan dengan masyarakat terutama di kaunter hadapan harus lebih berhati-hati dengan tindak tanduk mereka pada hari ini.
Maklumlah di zaman penyebaran berita hanya di hujung jari, sebarang perlakuan yang boleh mencetus kontroversi boleh tersebar dalam masa sekejap sahaja.
Contohnya gambar menunjukkan pegawai polis trafik yang bertugas di kaunter sedang leka melihat telefon bimbit kini disebarkan di media sosial.
Dalam gambar yang dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun Facebook, dia mendakwa melihat sendiri pegawai trafik berkenaan membuka Facebook di telefon mereka dan tidak kisahkan slogan Mesra Rakyat.
Pengadu juga mendakwa melalui pengalaman tidak menyenangkan ketika berurusan dengan mereka. Kronologi pengalamannya ini dikongsikan dalam Facebook Nikmatulzamzam Binti Abdul Kadir.
Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, siasatan harus dijalankan.
Namun yang pasti, sekeping gambar sudah cukup untuk mencetus prasangka tak enak.
Jadi para penjawat awam terutama yang berada di baris hadapan jabatan kerajaan, berhati-hatilah dengan perlakuan anda kerana banyak mata yang memerhati.
Sumber: Facebook Nikmatulzamzam Binti Abdul Kadir