Saturday, 17 May 2014

TERBARU! Badan Pelancongan Singapura mohon maaf isu bil mahal


Sebelum ini harianmetro-on9.blogspot.com pernah menyiarkan kisah pelancong dari Filipina yang terkedu apabila menerima bil RM3068.79 selepas menjamu selera di sebuah restoran laut di Boat Quay, Singapura.
Kisah ini menjadi viral dan disiarkan secara meluas di media sosial hinggakan mendapat perhatian badan pelancongan Singapura.
Isteri Santiago Caaway, 54, yang dikenali sebagai Carolyn memberitahu InterAksyon.com bahawa Pengarah Badan Pelancongan Singapura sendiri telah menelefon suaminya untuk meminta maaf berkaitan hal tersebut, Khamis lalu.
Beliau dikatakan berjanji akan menyiasat perkara itu dan memastikan mereka mendapat ganti rugi sewajarnya jika perlu.
Caaway yang merupakan seorang Profesor dari Filipina datang ke Restoran Seafood Village bersama keluarganya untuk makan ketika melancong ke Singapura baru-baru ini.
Memandangkan restoran berkenaan terkenal dengan masakan ketam bercili, Caaway memutuskan untuk memesan menu tersebut namun terkejut apabila melihat bilnya.
Bagi Caaway, ia adalah kesilapan pelayan restoran tersebut yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik dengan pelanggan dalam bahasa Inggeris bagi menerangkan harga makanan di sana hingga berlaku insiden tersebut.
Pelayan dikatakan hanya bertanya sama ada mereka mahukan ketam yang kecil atau besar sebelum beredar. Bagi Caaway, dia memilih hanya ketam biasa bukan jenis Alaska yang dihidangkan kepada keluarganya.
Kes Caaway bagaimanapun bukan kes pertama membabitkan bil ‘cekik darah’ di tempat sama.
Stomp.com pernah melaporkan sebelum ini, seorang pelancong Australia terkejut apabila menerima bil berjumlah $554.60 (RM1789) semata-mata untuk dua ekor ketam yang dipesan.