Monday 19 May 2014

GEMPAR! Kisah kucing kaki terikat di KLCC viral di laman sosial


Gambar seekor kucing yang ditemui di parkir KLCC dengan kaki belakangnya terikat  menjadi viral di laman sosial sejak semalam.
Segalanya bermula apabila seorang pengguna Facebook, Mandy Chow, berasa kasihan selepas terlihat kucing tersebut lalu cuba membantunya namun ia bertindak agresif.
Justeru, Mandy memuatnaik gambar kucing tersebut dan meminta pertolongan sesiapa yang arif tentang haiwan berkenaan untuk datang membantu melepaskannya.
Pos itu kemudiannya dikongsikan di laman Facebook Malaysian Dogs Deserve Better dan mendapat perhatian ramai hingga ada yang mengambil inisiatif pergi mencari kucing tersebut untuk menyelamatkannya.
Mereka yang mencarinya dengan bantuan pengawal keselamatan bagaimanapun hampa kerana gagal menemuinya.
Tidak dapat dipastikan bagaimana nasib kucing tersebut sekarang namun diharapkan ia sudah diselamatkan seseorang yang berhati mulia.