Sunday, 16 March 2014

TERBARU Raja Bomoh Bakal Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang



Raja bomoh yang melakukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi membantu misi pencarian pesawat MAS MH370 tempoh hari kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad

berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan
JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

“JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman

sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan dia.
    
“Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu
mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor,” katanya kepada
pemberita di sini.