Saturday, 15 March 2014

Agensi Reuters Lapor Polis Siasat Rumah Kapten MH370


Agensi Reuters melaporkan bahawa pasukan polis telah menyiasat rumah Kapten MH370, Zaharie Ahmad Shah.




Media itu berkata, polis tiba selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa fokus siasatan juga kini bertumpu kepada penumpang dan anak kapal berkenaan yang disahkan telah dirampas oleh pihak tertentu.



Media itu bagaimanapun tidak mengumumkan apa yang dicari dan ditemui di rumah kapten.


Dengan rekod 18000 jam penerbangan, ia telah menarik minat penyiasat setelah mengetahui Kapten Zaharie membina simulator sendiri di rumahnya.