KUALA LUMPUR - Siling Hotel Concorde bertaraf empat bintang di Shah Alam runtuh petang tadi yang menyebabkan lobinya musnah teruk. Namun, tiada individu yang dilaporkan cedera dalam kejadian runtuhan itu.
Status hotel tersebut kini berada di bawah proses pengubahsuaian. Menurut laporan, Pihak bomba dan Penyelamat Negeri Selangor memberitahu bahawa mereka tidak mendapat laporan tentang kejadian berkenaan. Bagaimanapun Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor berkata mereka telah pun mengambil maklum terhadap kejadian tersebut. Tambahnya lagi...
"Kami tidak dipanggil, mungkin runtuh biasa sahaja".