Bomoh VIP yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin membuat ugutan akan mengenakan tindakan saman terhadap sesiapa yang mengatakan perbuatannya yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tempoh hari melanggar hukum hukum islam.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Ibrahim berkata dia menggunakan ayat Al-Quran berlandaskan hukum hakam islam dalam melaksanakan upacara tersebut. Tambahnya lagi
“Pengunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua-tua dan bukannya untuk dipuja.
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya.
Tindakan Ibrahim dan rakannya mendapat tamparan hebat daripada pelbagai pihak kerana ia dilakukan secara terbuka di tempat yang sibuk seperti KLIA.