Monday 13 January 2014

[???] One Direction Tak Suka Hubungan Harry-Kendall

HARRY
Ternyata empat ahli kumpulan One Direction iaitu Liam Payne, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Zayn Malik serta syarikat pengurusan mereka tidak menyukai hubungan cinta yang dijalin seorang lagi anggota kumpulan itu iaitu Harry Styles dengan bintang siri Keeping Up With The Kardashians, Kendall Jenner.
Mereka risau sekiranya kisah percintaan Harry bakal menjadikannya tidak fokus dengan kerjaya seni yang kini sedang mencanak naik popularitinya di seluruh dunia.
ONED
Malah, mereka menyifatkan dengan kewujudan Kendall sebagai ‘gangguan terbesar’ buat Harry.
Disebabkan itu pihak pengurusan tidak menggalakkan Harry menjalinkan hubungan yang terlalu serius dengan adik tiri Kim Kardashian itu.
Namun, kalau hati dah suka, tiada siapa yang dapat menghalangnya kan, ini kerana menurut sumber Hollywoodlife, Harry mengakui dirinya sangat mencintai gadis berusia 18 tahun itu dan tidak kisah mengenai pandangan orang di sekelilingnya berhubung isu tersebut.

Sumbermynewshub.my