Monday 13 January 2014

[KESIAN ATM] Hanya Kerana Kadnya ‘Ditelan’, Lelaki Mengamuk Tetak Mesin ATM

Lelaki mengamuk tetak ATM ditahan
Bengang akibat kad bank  ‘ditelan’, seorang lelaki bertindak ganas dengan menetak tujuh mesin juruwang automatik (ATM) dengan menggunakan pisau pemotong daging di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai mabuk, ingin mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran.
Akibat banyak kali salah memasukkan nombor pin keselamatannya, kad banknya ditelan ATM menyebabkan dia terus mengambil pisau yang dibawa dalam keretanya lalu mengamuk dalam bank terbabit.
Seorang pelanggan wanita yang turut melakukan urusan di salah sebuah mesin terbabit berjaya melarikan diri ketika lelaki itu terus menetak mesin-mesin sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Namun, selepas sejam mengamuk, lelaki terbabit terus berdiri di hadapan bank berkenaan sambil menyatakan menunggu kehadiran polis untuk menangkapnya.
Lelaki berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. 

Sumber Sinar Harian