Wednesday 18 December 2013

[SYABAS] Harimau Muda Tewaskan Vietnam 2-1 Bakal Berdepan Indonesia Pada Separuh Akhir


Syabas!! Harimau Muda Tewaskan Vietnam 2-1 Mara Ke Separuh Akhir Sukan Sea
tahniah
Pasukan Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee layak ke peringkat separuh akhir bolasepak lelaki di Sukan Sea Myanmar selepas menewaskan Vietnam 2-1 pada perlawanan terakhir kumpulan A.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Asri Chuchu pada minit ke-81 dan Sarvindran menjaringkan gol kedua pasukan negara pada minit ke-90.
Vietnam cuba merapatkan jurang dengan menjaringkan gol tunggal mereka pada minit ke-94 masa tambahan.
Dengan kemenangan itu, Malaysia bakal berdepan musuh tradisi dalam Sukan Sea iaitu Indonesia dalam saingan separuh akhir bagi menyempurnakan misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dimenangi dua tahun lalu.
Video di bawah merupakan gol kedua jaringan Sarvindran pada minit terakhir perlawanan.

Sumber mynewshub.my