Friday 20 December 2013

[...] Kadar Tol Lebuh Raya Shah Alam Tidak Naik

Kenaikan Tol

Syarikat konsesi Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (LSA) pada tahun depan.
Kesas dalam satu kenyataan media memberitahu, LSA tidak tersenarai antara lebuhraya yang terlibat dalam kenaikan kadar tersebut oleh kerajaan.
“Kami menolak kenyataan yang menghebahkan berhubung isu ini dan menjelaskan bahawa ia tidak tepat,” tegas kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, Kesas meminta kerjasama semua pihak berkaitan supaya memaklumkan kepada umum bahawa kadar tol LSA kekal seperti biasa pada tahun depan.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut diminta melayari laman web rasmi Kesas di alamat www.kesas.com.my.