Monday 9 December 2013

[HOT] Morgan Freeman Dianggap Mandela


Morgan Freeman Berang, Orang Anggap Beliau Mandela
morgan
Pelakon Amerika Syarikat Morgan Freeman berang selepas beliau disangka sebagai bekas Presiden Afrika Selatan mendiang Nelson Mandela yang meninggal dunia Jumaat lepas.
Freeman yang berlakon memegang watak Tuhan dalam filem Bruce Almighty dan Evan Almighty berkata beliau masih hidup dan meminta orang ramai berhenti daripada kekeliruan bahawa beliau adalah Nelson Mandela.
Dalam akaun Twitternya, beliau berkata jika beliau betul meninggal dunia apakah yang akan ditulis oleh orang ramai di laman media sosial, adakah turut dinamakan sebagai Nelson Mandela.
Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya di ibu negara Afrika Selatan Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.
Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma ketika mengumumkan berita sedih itu berkata Mandela telah pun ‘pergi dengan damai’.
Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat  muncul di khalayak ramai, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
“Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia.
“Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita,” jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional Afrika Selatan.

Sumber mynewshub.my