Monday 9 December 2013

[COOL] YotaPhone Generasi Baru

yotaphone
yotaphone
Seperti yang anda lihat pada video di bawah, prototaip telefon pintar yang dikenali sebagai YotaPhone ini merupakan idea yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat di Rusia pada tahun lalu.
Walaupun dilengkapi dengan ciri yang boleh dikatakan unik, berguna dan amat menarik, peranti ini mungkin sukar untuk dijual pada harga yang murah memandangkan syarikat yang mengusahakan projek ini tidak pernah memasarkan sebarang peranti pintar.
Bagaimanapun, peranti unik ini seakan-akan memberi pengguna kemudahan dua dalam satu. Dengan sistem operasi LTE Android dan skrin LCD 4.3 inci di bahagian hadapan dan skrin e-book (teknologi E Ink) yang mampu bertahan selama 60 jam di bahagian belakang belakang.
Bagi peminat telefon pintar yang sukakan idea baru, pelancaran peranti seperti ini semestinya sesuatu yang unik. Buat masa ini, YotaPhone telah dipasarkan di pasaran Eropah melalui sebuah kedai online pada harga RM2,183.
Mungkin harga yang ditetapkan dianggap sedikit mahal, tetapi perincian yang diperkenalkan oleh syarikat baru dari rusia yang menggunakan resolusi skin 720p dan pemproses S4 Pro menunjukkan bertapa uniknya rekaan yang dibawa oleh YotaPhone.