Saturday 14 December 2013

[COOL] Jackie Chan Kunjungi KL Minggu Depan

Jackie Chan Kunjungi KL Minggu Depan
Jackie
Bukan saja-saja kami buat cerita. Tapi ini betul-betul punya! Pelakon dan pengarah tersohor Hong Kong, Jackie Chan, 59, bakal berkunjung ke tanah air pada 18 Disember ini.
Kedatangan figura bertaraf antarabangsa ini sempena rangka promosi filem terbarunya, Police Story 2013.
Menerusi satu kiriman email daripada pihak pengedar filem yang dinanti-nantikan ramai ini, iaitu RAM Entertainment dan SKT, telah mengesahkan kedatangan bintang pujaan ramai itu.
Pada hari tersebut, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong San akan menghadiri malam gala tayangan perdana filem Police Story 2013 di Pavilion, Kuala Lumpur. Selain itu beliau akan turut meluangkan masa bersama peminat-peminatnya pada sesi ramah mesra yang juga akan diadakan di lokasi sama.
Sebelum ini, Jackie pernah datang ke sini bagi menjalani penggambaran filem Police Story 3 (yang ditayangkan pada tahun 1992). Sekaligus ketika itu, beliau pernah menyatakan rasa cintanya pada negara kita.

Sumber malaysian digest