Seorang pelancong di Australia terjatuh dari sebuah pelantar setinggi 20 meter gara-gara terlalu leka memeriksa Facebook di telefon bimbit.
Menurut saksi, pelancong wanita terbabit sedang berjalan di sebuah teluk di Melbourne, malam Isnin lalu sambil melihat pada telefon bimbtnya hingga tidak menyedari dia sudah sampai di hujung pelantar.
Akibatnya, dia tergelincir lalu jatuh ke dalam air sekaligus mengejutkan saksi yang segera memanggil polis.
Senior Konstabel Dean Kelly berkata, wanita itu berjaya diselamatkan meskipun dia tidak pandai berenang.
Ketika menerima bantuan dia dikatakan sempat meminta maaf atas kecuaiannya kerana terlalu leka memeriksa Facebook dengan tangan yang masih erat memegang telefon bimbit
Sumber http://www.ndtv.com/.