sandwich |
Seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Pakistan (PIA) menangguhkan penerbangan selama dua jam setengah semata-mata untuk menunggu sandwic yang dipesannya sampai.
Kapten Noushad pada mulanya dikatakan meminta bahagian katering Lapangan Terbang Iqbal Allama Pakistan menyediakan makanan untuknya tetapi permintaan itu ditolak kerana melanggar undang-undang syarikat penerbangan tersebut.
Bagi menggantikan permintaannya, mereka memesan sandwic dari sebuah hotel lima bintang yang dijanji akan dihantar pekerja hotel terbabit.
Namun akibat kelewatan sandwic dihantar, penerbangan melibatkan Noushad dari Pakistan ke New York melalui Manchester ditangguhkan dari jam 6.45 pagi kepada 9.15 pagi.
Akhbar The Nation Pakistan sebelum ini melaporkan, PIA telah mengubah menu dalam penerbangan antarabangsa mereka daripada sandwic kepada kekacang dan biskut sahaja bermula 25 November lalu sebagai langkah menjimatkan kos.
Sumber Metro UK