Saturday 30 November 2013

[AGAK COOL] 10 Restoran Dengan Tema Yang Agak Pelik

Kami pasti ada di antara anda yang mengunjungi restoran bukan hanya kerana mahu menikmati menu makanan yang menarik, tetapi juga kerana suasana dan tema yang diketengahkan oleh pemiliknya.
Untuk itu, kami sajikan anda dengan 10 gambar restoran di beberapa negara dengan tema yang tak terjangka dek akal:
1. The Magic Restroom Cafe
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Bertemakan tandas, makanannya turut dihidangkan dalam pinggan ‘mangkuk tandas’.
2. Dinner In The Sky
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Para pelanggan restoran ini akan diangkat dengan kren sehingga 150 kaki di udara.
3. Robot Restaurant, Tokyo
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Menghidangkan makanan tradisional Jepun, pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan robot.
4. Labassin Waterfall Restaurant, Filipina
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Bersedialah untuk membasahkan kaki sewaktu menikmati hidangan di kawasan air terjun ini.
5. The Lockup, Tokyo
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Biarpun anda terpaksa melalui suasana di ‘penjara’ yang mengerikan, jangan risau kerana anda masih boleh menikmati makanan Jepun yang enak di sini.
6. The Hello Kitty Dream Restaurant, Beijing
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Kami yakin restoran ini menjadi tumpuan utama para peminat Hello Kitty terutamanya kanak-kanak. Memang comel!
7. Ithaa Undersea Restaurant, Maldives
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Restoran ini merupakan restoran bawah laut pertama di dunia dan ia terletak lima meter di bawah paras Laut India.
8. Opaque, di Los Angeles, San Diego, dan San Francisco
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Memang menarik dan menakutkan kerana anda tidak akan nampak apa yang anda makan kerana suasananya yang gelap.
9. The Disaster Cafe di Lloret de Mar, Sepanyol
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Mengetengahkan tema gempa bumi palsu, para pelanggan tidak akan diberi amaran awal setiap kali berlakunya ‘bencana’ itu.
10. Heart Attack Grill di Las Vegas
10 Restoran Dengan Tema Paling Pelik
Menyelitkan unsur ‘nakal’, makanan berkuantiti dan bersaiz yang besar akan dihidangkan kepada pelanggan. Mereka yang tidak berjaya menghabiskannya akan ‘disebat’ oleh pelayan seksi.

Sumber mynewshub.my