Saturday 30 November 2013

[COOL] Pesta-Pesta Menarik Di Seluruh Dunia Di Hujung Minggu

Pesta pesta menarik di seluruh dunia hujung minggu

1) La Tomatina
Ia dirayakan di bandar Bunol, Sepanyol setiap tahun. Ia adalah pesta perang makanan yang terbesar di dunia dan dianjurkan pada Rabu terakhir dalam bulan Ogos. Disebabkan permintaan yang terlalu hangat, pihak penganjur terpaksa menghadkan jumlah peserta kepada 20,000 orang sahaja. Pesta membaling tomato itu hanya akan berlangsung selama satu jam namun sudah cukup untuk membuatkan semua yang ada mandi sayur berkenaan.
pelik 1
2) Perang Oren
Seperti mana pesta membaling buah tomato, di pekan Ivrea dalam Piedmont, Italy, wujud pula sebuah pesta yang seakan sama yang menggunakan buah oren pula. Ia untuk penduduk di wilayah berkenaan namun pelancong juga boleh menyertainya dengan bayaran tertentu dikenakan penganjur.
pelik 2
3) Mengejar Keju
Erk… lebih kurang begini yang Mynewshub faham… keju akan dicampak dari bukit Cooper (dalam kampung Brockworth) di England dan kemudian ia akan dikuti dengan peserta kampung berkenaan beramai-ramai mengejar keju berkenaan bermula dari puncak ke kaki bukit Cooper. Selalu ada 4 jenis larian dianjurkan termasuk yang hanya melibatkan kaum wanita.
pelik 3
4) Noche de Rabanos
Pesta ini memiliki tradisi yang sudah pun mencapai usia melebihi 150 tahun. Namun setiap ia dibuat, ia akan hanya berlangsung selama beberapa jam sahaja. Walaupun bagaimanapun, pesta yang turut dikenali sebagai Night of the Radishes (sayur ubi) tetap mampu menarik puluhan ribu pengunjung dari serata dunia. Ia dianjurkan pada 23 Disember setiap tahun di negeri Oaxaca, Mexcico.
pelik 4
5) Pamplona Bull Run
Senang cakap… ia adalah larian lembu jantan yang dibuat antara tarikh 8 hingga 14 Julai setiap tahun di Sepanyol. Sudah lebih 100 kali ia dianjurkan dan setakat ini, mencatatkan 15 kematian dan hampir 300 kecederaan. Menurut pandangan kami di Mynewshub.my, … mungkin ini adalah pesta yang paling pelik dan pastinya paling merbahaya berbanding pesta-pesta lain di seluruh dunia.
pelik 5
6) Istana Lilin Sakon Nakhon
Ini kami di Mynewshub.my pun agak terkejut kerana pesta ini berlangsung di negara jiran, Thailand tetapi jarang pula didengari. Ia dianjurkan dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai menandakan tamatnya tempoh berpuasa dalam ajaran Buddha. Para artis akan menggunakan lilin untuk menghasilkan arca dan bentuk-bentuk istana serat kuil yang mampu membuat kita ternganga melihat kecantikkannya.
pelik 6

7) Pesta Salji Sapporo
Pesta ini adalah antara pesta salji terbesar di negara Jepun dan kerap diadakan pada bulan Februari. Perkara yang paling menyerlah adalah seni ukit ais dan salji yang pastinya amat menarik untuk diabadikan dalam bentuk gambar. Dianggarkan hampir satu juta orang akan mengunjungi pesta itu dan hampir 400 patung akan didirikan. Kalau la ada peluang untuk melawatnya… pasti menarik.
Sapporo Snow Festival
8) Holli (Pesta Warna)
Ini adalah pesta yang paling terkenal di negara India. Ia menandakan tamatnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga di negara berkenaan. Ia akan bermula dari sebelah pagi hingga tengah hari. Peraturan menetapkan yang peserta Holli tidak boleh membuang abu warna atau cairan kepada sesiapa yang sudah pun mandi selepas tengah hari. Percayakah anda… di sesetangah kawasan kampung… air yang digunakan untuk pesta itu diperbuat daripada najis lembu… hmmm… nak seronok atau nak geli kalau kena?
pelik 8

 9) “… Loy Loy Krathong… Loy Loy Krathong…”
Pastinya ada di antara anda pernah mendengar lirik lagu ini. Namun, ramai juga mungkin tidak tahu apa sebenarnya ‘Loy Krathong’ itu.
Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan.
Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi.
pelik 9

Sumber mynewshub.my