Saturday, 2 August 2014

2014 tahun terakhir untuk Yana Shamsudin bergelar single?


Status hubungan pelakon popular Yana Samsudin dengan adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari bukan lagi rahsia dan mereka juga sering tampil di khalayak ramai bersama-sama. 

Tambahan pula Fadzil sendiri telah mengakui telah bersedia untuk berumahtangga jika sudah tiba masa yang sesuai. Begitu juga dengan Yana Samsudin. 

Malah, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin tidak menolak kemungkinan jika tahun ini merupakan tahun terakhir dia beraya secara single.

Kenyataan ini dibuatnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton Adnan Sempit Sawadikap yang berlangsung pada Ramadan yang lalu.

Tetapi sebagai pihak perempuan dia hanya menanti dan tidak mahu memberikan sebarang pengesahan selagi tidak ada keputusan yang pasti. “Kalau nak cakap tahun ini tahun terakhir saya beraya seorang diri, tiap-tiap tahun raya saya pasti dikelilingi dengan sanak-saudara. "Tetapi secara jujurnya jika bercakap fasal jodoh, saya pernah memberitahu kepada media bahawa saya telah bersedia jika sudah tiba masanya (berumahtangga). “Tetapi saya dah cakap beberapa bulan lepas dah, mungkin belum sampai masa yang sesuai untuk saya melepaskan status single saya ini. "Jadi untuk menjawab soalan tadi, adakah tahun depan akan beraya berdua, jawapan yang boleh saya bagi adalah krik krik,”jawab Yana sambil berseloroh bila ditanya mengenai perancangan masa depannya dengan kekasih, Fadzil Zahari. Pernah ditanya tentang soal jodoh pada Syawal lalu,  Yana memberitahu ketika itu dia memang masih belum bersedia tetapi untuk tahun ini dia yakin untuk melangkah ke gerbang perkahwinan dan bergelar isteri.


Selain sibuk mencipta nama dalam bidang lakonan, pemilik Ijazah Sarjana Muda Seni Layar lulusan UITM Shah Alam ini juga bijak merancang masa hadapannya dengan menjalankan bisnesnya sempena Syawal ini menjual produk biskut raya iaitu Yana Super Cookish.