Sunday, 22 June 2014

Hanez Suraya sudah putus cinta dengan Mr Romie...


OH, benarkah khabar yang kami baca menerusi Metro Ahad hari ini?
Pelakon Hanez Suraya yang sebelum ini terpalit kontroversi gara-gara berpacaran dengan suami orang, Romie Razin Adilha, memberitahu bahawa dia sudah pun ‘mengorbankan’ hubungannya.
Katanya, keputusan itu diambil kerana tidak mahu dikaitkan dengan masalah rumahtangga Romie dan Liyana yang dikatakan sudah bergolak sebelum mereka bertemu.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.
“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.
“Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.
“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.
“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus,” jelasnya.
Pada masa yang sama, kami tertarik dengan kenyataan Hanez yang menyebut, jika rumahtangga Liyana dan Romie boleh diselamatkan, dialah orang yang paling gembira untuk mereka.
Hmm…betul ke? Jangan selepas ini Hanez dilihat masih berkepit lagi dengan Romie sudahlah.
Mynewshub.my