Friday, 23 May 2014

TERBARU! Punca sebenar pasangan Fizo & Mawar lambat dapat anak


KUALA LUMPUR – Doktor menasihati pelakon Fizo Omar dan isterinya iaitu Mawar Abdul Karim, 25, agar tidak berada dalam keadaan tertekan sekiranya mereka berhasrat untuk mendapat anak selepas enam bulan berkahwin.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, mereka juga tidak dibenarkan untuk kuat bekejra kerana perkara ternsuet anatra penyumbang sukarnya seseorang isteri itu hamil.
“Saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan minta nasihat doktor bagaimana isteri saya boleh mempercepatkan kehamilan. Seperti tempoh perkahwinan kami yang baru enam bulan ini doktor menasihatkan beberapa perkara terutama posisi ketika bersama perlu betul.
“Jika gagal juga barulah dia akan panggil kami berdua untuk langkah seterusnya. Insya-Allah bulan depan kalau tiada apa-apa lagi (hamil) kami akan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Fizo ditemui pada majlis pelancaran tajaan barangan kemas Reflesia dan promosi penerbangan Airfrance bersama selebriti ke Barcelona, Perancis, di Hotel Parkroyal, di sini pada Rabu.
Antara artis yang turut terlibat ialah Kamal Adli, Miera Liyana, Tasha Shilla dan Hairul Azreen.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia memang sudah bersedia dan berharap agar dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat ini.
Dia juga sudah berjaya meyakinkan isterinya untuk bersedia mempunyai cahaya mata biarpun pada awalnya Mawar merancang untuk fokus kepada perniagaan tudung Fareeda terlebih dahulu.
“Saya memang mahu anak. Kalau boleh kembar kerana saya ni sangat suka budak kecil. Saya sudah berjaya yakinkan Mawar untuk bersedia juga walaupun pada awalnya dia tidak mahu.
“Dia mungkin kurang suka budak kecil, namun melihat keinginan saya dia pun setuju untuk ada anak tetapi belum lagi rezeki kami,” katanya.
Tambah Fizo, kesihatan dan kesibukan isterinya menjadi faktor penyumbang untuk sukar mengandung.
“Mawar ada masalah kesihatan apabila kitaran haid dia tidak teratur yang mungkin disebabkan terlalu sibuk selain mengalami tekanan kerja.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2013. – mStar Online