Friday, 23 May 2014

TERBARU! Guru pecah bibir dipukul pelajar sekolahnya


APA sudah jadi dengan segelintir budak-budak zaman sekarang?
Guru yang sepatutnya disanjung dan dihormati kini hanya dipandang sebagai lawan jika menegur perbuatan buruk mereka.
Itulah yang terjadi di sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor apabila seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua bertindak memukul gurunya sehingga pecah bibir.
Gambar guru dan pelajar tersebut telah dikongsikan oleh beberapa laman blog, hari ini

Khabarnya, insiden itu bermula apabila guru itu menegur pelajar berkenaan kerana membuat bising di surau.
Jika benar itu puncanya, memang pelajar itu boleh dikategorikan sebagai amat melampau dan biadap.
Di sekolah pun sudah berani belasah guru, kalau di rumah tak tahulah bagaimana layanannya terhadap ibu-bapa.