SENSASI! Suami Izreen Azminda nafi ceraikan isteri di lokasi penggambaran
Suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin menafikan telah melafazkan talak terhadap isteri di lokasi penggambaran pada 16 Mei lalu seperti didakwa sebuah akhbar tempatan.
Beliau yang dihubungi wartawan mstar memberitahu, tujuannya datang ke set penggambaran di Pulau Pinang ialah untuk menemukan anak mereka, Muhammad Adrian Umar, 11 bulan, kepada Izreen bagi melepaskan rindu selepas pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.