Sunday, 4 May 2014

Sebab kenapa Natasha Hudson terpilih menjadi Duta Aura White



Pelakon jelita, Natasha Hudson mengakui dia berasa terkejut apabila dipilih sebagai duta terbaru untuk minuman kolagen Aura White. Jelas Natasha dia dilamar oleh pengurusan produk terbabit tiga minggu lalu.

"Saya berasa terkejut apabila pihak Aura White menghubungi saya untuk menjadikan saya duta produk mereka. Mereka pilih saya selepas membaca ulasan yang telah saya muatnaik di laman Instagram baru-baru ini. Saya buat ulasan kerana sangat berpuas hati dengan hasil produk terbabit selepas menggunakannya hampir dua bulan," ujar Natasha.

Pelakon berdarah kacukan ini turut mengakui yang dia sememangnya menitik beratkan pengambilan vitamin serta pemakanan kerana memberi susu badan kepada anak keduanya. Malah Natasha turut berkongsi yang dia mengamalkan pemakanan makanan organik sejak enam tahun lalu kerana mementingkan cara hidup sihat.

"Saya memang mengamalkan pemakanan organik sejak enam tahun lalu, malah saya juga menitik beratkan pengambilan makanan kerana saya memberi susu badan kepada anak kedua. Sejak menggunakan produk Aura White ini susu badan semakin bertambah serta tidak putus dan ia membuatkan saya membuat ulasan produk ini di Instagram," ujar Natasha lagi.

Dalam perkembangan lain, Natasha juga sibuk menguruskan perniagaan hijab dan pakaian muslimah 'Dreamcloud'. Malah, dalam sedikit masa lagi, Natasha akan muncul dengan sebuah rangkaian perniagaan baru.

Mengulas tentang jadual seninya yang dilihat semakin berkurangan, Natasha mengakui yang dia kini sibuk menguruskan hal keluarga memandangkan tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah. 

"Secara jujurnya memang saya mengurangkan kerjaya seni ketika sedang mengandung tiga bulan lagi. Namun kini, saya sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai pelakon, namun hendaklah bersesuaian dengan imej bertudung serta sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Lagipun kini saya lebih terkejar-kejar dengan benda yang saya tidak kejar dulu. Saya dan suami kini lebih banyak menghabiskan masa dengan kelas-kelas ilmu bagi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik," ujar Natasha.